ZIARAH HORMAT DAN KASIH SAYANG KE PEJABAT MUFTI PERLIS

Petang semalam sekitar jam 4.15 petang rombongan thirdforce diketuai oleh abangraja dan penyelaras thirdforce Perlis Puan Ami Nazifah bersama 12 sukarelawan thirdforce telah melakukan kunjung hormat ke pejabat mufti Perlis untuk bersama Sahibus Samahah Assoc. Prof. Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin atau DrMAZA.com

Kita merasa sangat teruja diberi kesempatan untuk bertemu kakanda DrMAZA.com setelah dua tahun gerakan kemanusiaan ini dilancarkan di Perlis. Ianya bergerak seiring dengan misi pejabat mufti perlis yang begitu aktif turun padang menyantuni asnaf bersama Tuanku Raja Muda Perlis.

Dr. Maza yang sudah mengenali abangraja dan thirdforce bermula dari gerak kerja banjir besar di pantai timur dulu sempat bertukar-tukar pendapat, strategi dakwah yang comprehensive bersama sbangraja menyentuh pandangan sempit segelintir orang ramai yg hanya melihat sedekah itu hanya kepada maahad tahfiz, wakaf qurqan, wakaf masjid yang dllihat lebih diutamakan dari kerja kemanusiaan lain.

Kita menerima jemputan pejabat pufti perlis untuk berkolaborasi pada skala besar pada tarikh yg akan ditentukan nanti dimana abangraja akan bersama Tuanku Raja Muda Perlis dan Dr. Maza berkayuh basikal menyantuni asnaf dan bersama sebarkan gelombang jommmm jadi orang baik-baik ini di negeri ini.

Keterbukaan pejabat mufti perlis untuk menerima rombongan thirdforce adalah satu pengiktirafan dan permulaan kerjasama kerja dakwah kemanusiaan yang lebih dinamik kearah kemaslahatan ummat terutama asnaf di perlis.

Terima kasih dari kami untuk kakanda Dr. Maza dan untuk warga Perlis bersama kita sebarkan gelombang ini jommm jadi orang baik-baik.

Related Post

Leave us a reply

*

*