MAJLIS PELANCARAN THIRDFORCE IPTA CAWANGAN UNIMAP PERLIS (THIRDFORCE UniMAP)

24.02.2018 (Sabtu) – Alhamdulillah tercatatnya satu lagi sejarah apabila kita telah melancarkan thirdforce IPTA yang ke 4 di Universiti Malaysia Perlis hari ni. Program gilang gemilang ini melibatkan hampir satu ribu penyertaaan pelajar UNIMAP Kampus Pauh dan diasmikan pelancarannya oleh Pengasas Thirdforce Abang RAja Shamri.

Misi menyebarkan Gelombang jom jadi orang baik-baik semakin berkembang luas khususnya di IPTA dan IPTS seluruh negara. Sebelum ini Kita sudah melancarkan thirdforce cawangan / Chapters di UNITEN, UITM dan UIA. Dan hari ini dengan dengan rasminya thirdforce cawangan UNIMAP telah dilancarkan oleh bagi menyahut geklombang mengajak orang ramai terutama membudayakan kerja tolong menolong dikalangan pelajar dan pensyarah.

antara peserta yang hadir ke majlis pelancaran The 3rd Force Universiti Malaysia Perlis (UNiMAP

Program hari ini bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari yang dihadiri seramai hampir satu ribu pelajar UNIMAP termasuk pensyarah yang dilangsungkan live di dewan ilmu. Dalam majlis tersebut Abang Raja menyampaikan sedikit motivasi dan pengenalan tentang thirdforce seterusnya merasmikan majlis pelancaran. tersebut. Turut diadakan sesi penyampaian sumbangan untuk asnaf keluarga angkat thirdforce UNIMAP.

Sokongan yang amat menggalakan untuk sama-sama menyertai thirdforce dalam menyebarkan lagi gelombang ini sungguh membuatkan kami sangat teruja dan berbesar hati. Pada tahun 2016 yang lepas lepas kita telah melancarkan thirdforce peringkat negeri Perlis di JKM Negeri Perlis dan kini UNIMAP juga menyertai thirdforce secara rasmi.

Pihak kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak HEPA UNIMAP terutama Timbalan Naib Chanselor Dr. Fuad yang begitu positif dan proaktif dalam menyokong program pengkayaan nilai tambah pelajar melalui kerjasama antara universiti dan NGO serta badan korporat.

Semoga dengan adanya wakil thirdforce UNIMAP ianya dapat membantu apa jua bentuk bantuan sama ada tenaga atau idea, bidang kajian kejuruteraan yg boleh menyumbang kepada kelestarian hidup asnaf seluruh negara dan pembudayaan budaya tolong menolong sesama kita.

Kami sentiasa mengalu-alukan dan menerima sesiapa sahaja untuk bersama-sama menyertai kami membantu mereka yang memerlukan tanpa adanya banyak protokol dan biroksasi. Itulah prinsip asas penubuhan thirdforce yang selalu ditekankan oleh abangraja dalam setiap ucapan beliau.

Teruskan menyokong gerak kerja thirdforce bersama-sama kami dalam menyebarkan misi mengajak masyarakat Malaysia untuk jadi orang yang baik-baik. Satukan hati kita, bila kita bersatu kita akan menjadi kuat.

WE ARE THIRDFORCE..
TOGETHER WE ARE STRONGER..

#ThirdforceUNIMAP
#PERLIS
#RAJASHAMRI2024
#unimap

LAPORAN ADI
Sukarelawan thirdforce

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*