UPDATE BAIK PULIH MASJID

SANDAKAN 2 Mac 2018 | Petang tadi team sukarelawan PERKALAS @ 3rd Force Sabah bergerak ke sebuah masjid untuk melihat sendiri keadaan masjid tersebut yang terbengkalai sudah lebih dua bulan kerana dana tidak mencukupi.

Sesampainya team sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah di tapak masjid tersebut ditemani tokoh masyarakat di kawasan itu yang bernama Pakcik Halim. Pakcik Halim menyampaikan beberapa maklumat penting untuk team sukarelawan menganggarkan kos serta barangan keperluan baik pulih masjid ini.

Antara keperluan yang mendesak untuk digunakan bagi melancarkan proses baik pulih tersebut ialah :

1. 35 keping papan lapis.
2. 250 keping zink
3. Kerja-kerja pendawaian elektrik
4. Kipas 8
5. mentol lampu 10
6. Tikar
7. Paku (untuk kerja pertukangan)

In sya Allah team PERKALAS @ 3rd Force Sabah akan memulakan misi bantuan baik pulih pelbagai keperluan bermula minggu depan. Agar solat berjemaah dan jumaat dapat dilaksanakan dengan kadar segera kepada penduduk setempat.

Untuk kerja-kerja pertukangan sukarelawan telah mengaturkan para belia di kawasan sekitar masjid untuk bersama menyumbangkan tenaga.

Jom seluruh keluarga besar PERKALAS@3rd Force Sabah di manapun anda berada kita ambil saham akhirat kita masing-masing dengan bersama membantu mempercepatkan baik pulih masjid ini agar dapat segera digunakan.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*