SAHAM AKHIRAT YANG DI REBUT

Alhamdulillah… berbondong-bondong nak amik saham melalui program bantuan rumah kepada Abang Asri & Alina yang tinggal dalam pondok usang dalam kebun kelapa sawit.

Semalam ada sahabat dari keluarga besar Thirdforce dari kubang kerian, Datin Noraini sumbangkan pintu dan katil untuk program bantuan rumah tersebut.. walaupun dana pembinaan masih belum mencukupi … dengan bantuan-bantuan seperti ini.. kita yakin kita dapat siapkan rumah ini dengan sempurna. Bahkan, melimpah ruah, melalui pengalaman kita bantuan-bantuan yang lepas, sampaikan perabot (fully furnished) pun ada yang sumbangkan.

Terima kasih kepada semua yang istiqomah ambil peluang saham akhirat melalui program ini. Jom kita pakat bantu apa yang termampu dengan kapasiti masing- masing.

Seperti yang selalu abangraja pesan …
“Apa yang kita berikan, itulah yang sebenarnya milik kita…”

Jommm jadi orang baik-baik

Ali Mohamed
TF Volunteer

Related Post

Leave us a reply

*

*