UPDATE PEMBINAAN JEMBATAN KE KELAS BIMBINGAN INSANI

KUNAK 7 Mac 2018 | Alhamdulillah kerja-kerja pembinaan jembatan ke kelas bimbingan insani untuk kemudahan 76 orang pelajar dan 6 orang guru ini telah siap dilaksanakan.

Semoga selepas ini semakin ramai masyarakat sedar pentingnya mengambil peduli tentang keselesaan anak-anak yang menjadikan sekolah akternatif sebagai satu-satunya tempat untuk mereka keluar dari “bencana” buta huruf di zaman moden ini.

Terima kasih kepada koordinator kami di daerah Kunak yang begitu komitmen menjalankan amanah, para tukang sukarela daripada penduduk Kampung dan para guru yang bersama-sama membina jembatan dan baik pulih kelas alternatif ini.

Setinggi penghargaan kepada seluruh keluarga besar PERKALAS@3rd Force Sabah di manapun anda berada yang sentiasa membantu dari semua segi sehingga program-program kami tetap berjalan. Semoga Allah merahmati kita semua.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*