UPDATE BANTUAN BAIK PULIH RUMAH IBU TUNGGAL ANAK TUJUH MANGSA BANJIR BAH KUNING 2014 DI KUALA KRAI

8 Mac 2018 | Kuala Krai – perkembangan terkini bantuan baik pulih Rumah Kak Rahimah yang menyara tujuh orang anak setelah ditinggalkan suami kini telah masuk minggu ke-10. Alhamdulillah proses pasang bumbung telah siap sepenuhnya. Manakala proses pluster telah siap bahagian ruang tamu, dua buah bilik tidur dan bilik air.

Turut serta dalam kunjungan hari ini ialah wakil Thirdforce Kuala Krai, cikgu Zul dan Saudara Sauti yang sentiasa istiqamah bersama thirdforce sedari awal bermula banjir 2014 hingga kini.

Walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing namun mereka sentiasa meluangkan masa dalam kerja-kerja kemanusiaan ini.

Semasa lawatan tadi kak Rahimah baru pulang daripada tempat kerjanya sebagai tukang masak di asrama SMK Sultan Yahya Petra 2(SMSYP2), Kuala Krai.

Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus membantu Kak Rahimah dan anak-anak2nya yang kesemuanya masih belajar. Kita akui kita masih memerlukan sumbangan kalian semua untuk siapklan rumah ini namun kita juga percaya semuanya adalah dalam perancangan Allah.

PM ke inbox page ini untuk detail bagaimana boleh sama-sama membantu atqau whatsapp 017-387 2232.

Semoga sikit sebanyak saham akhirat yang kita sama-sama ambil ini akan menjadi asbab untuk kita berjiran di akhirat kelak. Insya Allah..

Jom jadi orang baik baik

#projekRumahRahimah #jomjadiorangbaikbaik #the3rdforce#togetherwearestronger #politikletaktepi #RajaShamri2022

Laporan oleh Ramadan / Zul / Din
Sukarelawan Thirdforce

Related Post

Leave us a reply

*

*