UPDATE KERJA BAIK PULIH MASJID UNTUK PENDUDUK

SANDAKAN – 11 Mac 2018 | Fasa pertama baik pulih masjid di kampung tinusa 1 ini telah dimulakan oleh sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah dengan dibantu oleh tenaga sukarela daripada orang kampung di kawasan masjid ini.

Hari ini team sukarelawan menghantar 200 keping zink dan 20 kilogram paku zink untuk kerja-kerja baik pulih fasa pertama. Setelah selesai fasa pertama ini team sukarelawan akan menyambung sumbangan fasa kedua iaitu dengan menghantar 50 keping zink dan papan lapis ke masjid ini.

Begitulah cara kerja kami di PERKALAS@3rd Force Sabah apabila menguruskan beberapa baik pulih surau, masjid, jembatan, pondok asnaf pasti akan diatur dengan bijak agar tiada pembaziran dan mengelakkan perkara-perkara menyeleweng berlaku. Ini semua dilakukan untuk menjaga amanah dan memastikan golongan sasaran mendapat pembelaan. Pemantau juga akan dilakukan oleh team sukarelawan kita secara berkala bagi mempastikan baik pulih berjalan lancar.

Terima kasih kepada YM Dr. Raja Shamri Bin Raja Husin yang sentiasa membantu menjayakan misi bantuan di Sabah. Begitu juga kepada keluarga besar PERKALAS@3rd Force Sabah di seluruh Malaysia yang bersama-sama membantu kami dilapangan.

Kepada Cikgu Haris selaku koordinator kami di Sandakan, Tq bro atas komitmen dan usahanya bersama Cikgu Sait dan Tuan Salewangan kerana sentisa bersama dan berusaha menyebarkan gelombang kebaikan di bumi Sandakan. Semoga Allah sentiasa merahmatimu.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*