SISA MAKANAN DI TONG SAMPAH KFC MENJADI PENERUS HIDUP

SEMPORNA- 13 Mac 2018 | Saat ni perut aku mula terasa lapar maklum sekejap lagi waktu kebiasaanku makan tengahari. Hari ini nak sangat makan sayur labu santan, telur asin dan ikan baulu bakar@ ikan susu. Minuman pula macam biasa lemon teh ais.

Namun tiba-tiba selera makanku semua hilang setelah menerima kiriman gambar melalui aplikasi whatsapp dari abang Ibrahim koordinator Semporna. Apa tidaknya kubuka gambar itu satu persatu. Allah sampai begini nasib manusia di sekitarku dan rakan seperjuanganku di daerah lain.

Image may contain: one or more people and outdoor

melihat gambar ini sudah kita dapat gambarkan bagaimana beliau menghadapi liku-liku kehidupan. apakah kita masih lupa akan nikmat Allah?

Ahad lalu aku dan sukarelawan di Tawau menyaksikan di depan mata kami salah seorang sahabat homeless makan makanan basih dengan begitu berselera. Hari ini pula aku melihat gambar seorang manusia di Semporna mengumpul sisi-sisa ayam goreng KFC di tong sampah. Bukan untuk haiwan peliharaannya tetapi untuk dia dan keluarganya nikmati. Dia berebut dengan anjing untuk memperolehinya.

Sampai ke tahap begini kesusahan sebilangan manusia di sekitar kita. Apabila kita berada di luar sana terlihat orang-orang yang dalam kekurangan bantulah mereka. Sebungkus nasi berlauk dan sebotol mineral water pasti akan membantu mereka.

Buangla persepsi buruk apabila melihat orang-orang sebegini. Mungkin Tuhan menghantarnya di depan mata kita sebagai ujian kerana dompet kita sudah terlalu lama tidak mengeluarkan sebahagian isinya untuk orang lain.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*