UPDATE PEMBINAAN RUMAH ABG ASRI & KAK ALINA YANG TINGGAL DALAM PONDOK USANG DALAM KEBUN KELAPA SAWIT: MASIH ADA YANG SAYANG

Alhamdulillah, tukang sekarang sedang ikat bata dan tambun tanah dalam petak beam. boleh dikatakan sebanyak 30% progress pembinaan rumah abg asri & kak alina.

Kita jangka rumah ini akan siap dalam bulan ramadan, jadi dapatlah mereka beraya di rumah baru.

Kepada sesiapa yang nak rebut saham akhirat, ianya masih terbuka luas, kita perlukan banyak bahan binaan lagi seperti, simen, frame tingkap, kayu untuk buat kerangka atap, atap ardec/zink dan lain lain lagi.

Terima kasih kepada semua yang terus menyokong, ianya memberi sinar baru kepada Abg Asri dan Kak Alina sekeluarga.

Ali Mohamed
Sukarelawan Thirdforce
22/3/18

Related Post

Leave us a reply

*

*