PROGRAM MERAIH CINTA ANAK-ANAK SYURGA

SEMPORNA- 21 Mac 2018 | Bertempat di pusat transit kebakaran Kampung Bangau-bangau Semporna, seramai 250 orang kanak-kanak telah disantuni oleh sukarelawan HQ PERKALAS@3rd Force Sabah dan team sukarelawan di Semporna.

Agihan ais krim ini sangat kecil nilainya kepada sesetengah orang. Namun untuk adik-adik mangsa kebakaran ini mereka menyambutnya dengan sangat gembira dan sanggup berbaris menunggu giliran.

Kegembiraan anak-anak ini seolah-olah Image may contain: 2 people, people standingmenutupi kisah sedih yang menimpah mereka hampir 3 tahun lalu ketika itu dianggarkan 2000 orang mangsa kehilangan tempat tinggal dan lebih kurang 500 rumah hangus terbakar dalam kebakaran pada awal pagi.

Setelah hampir 3 tahun mereka hidup dirumah kongsi di pusat transit kebakaran ini. Rumah kongsi yang hanya berdinding papan lapis sudah mula uzur. Kehidupan di kawasan ini sangat memilukan. Namun itulah nasib keluarga mangsa kebakaran ini.

Semoga ada “Uthman Affan” orang kaya yang sanggup mengorbankan sebilangan besar hartanya untuk Umat Islam. In Sya Allah semoga akan lahirnya pemerintah seadil “Umar Khatab” yang membela rakyat miskin di bumi Semporna ini.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*