MENYAMPAIKAN AMANAH YANG DI BERIKAN

Telah hampir 3 tahun lebih sudah Thirdforce Malaysia bergerak di seluruh Malaysia. Bergerak hanya untuk menjadi orang tengah bagi menyempurnakan amanah bantuan hasil sumbangan daripada pelbagai pihak di luar sana (keluarga besar Thirdforce). Kita telah menerima banyak sokongan dari pelbagai agensi mahu kerajaan, swasta atau individu.

Hari ini kita telah menyempurnakan amanah daripada sahabat kita Team My Kitchen Patner yang menyumbang berupa Kek Brownis chocklat sebanyak 24 pek. Kita dengar cerita team ini mengumpulkan chef-chef profesional.

Wahhh hebat kan.

Kami berasa berbangga terhadap team ini atas sokongan mereka dalam gerak kerja Thirdforce. Nak buat baik tidak semestinya dengan duit. Dengan kepakaran memasak pun kita boleh berbuat pahala.

Macam Team kitchen ini mereka buat kek banyak-banyak, Packing comel dengan penuh keikhlasan lepas itu mereka pos ke Thirdforce HQ untuk disumbangkan kepada fakir miskin.

In Sha Allah Pahala pun dapat…kan comel.

Inilah sebenarnya yang di perjuangankan oleh Abang Raja bersama keluarga besar Thirdforce. Kita ingin menyebarkan lagi gelombang mengajak masyarakat di luar sana yang daripada pelbagai peringkat untuk sama-sama menjadi orang baik-baik. Kita ingin membudayakan semula kerja tolong menolong antara satu sama lain di kalangan masyarakat kita.

Tahniah TEAM MY KITCHEN PATNER….

JOM JADI ORANG YANG BAIK-BAIK!!!

Related Post

Leave us a reply

*

*