MISI “MELAWAT ADIK PUTRA HAZIQ DI HOSPITAL TUNKU FAUZIAH KANGAR PERLIS TRAGEDI LEMAS DI KUALA PERLIS”

24.3.2018, SABTU – Hospital Kangar Perlis | kini keadaan adik Haziq berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih akibat daripada tragedi terjatuh ke dalam sungai berhampiran dengan rumahnya di Kuala Perlis. Sebak dan sedih ketika melihat keadaan adik Haziq ketika beliau dalam wad ICU Hospital Tunku Fauziah Kangar Perlis yang penuh diliputi dengan wayar-wayar seperti wayar bantuan pernafasan, wayar bantuan ECG dan sebagainya.

Hasil daripada lawatan THE 3rdFORCE Universiti Malaysia Perlis ( UniMAP ) mendapati bahawa keadaan adik Haziq beransur pulih berbeza dengan hari sebelum-sebelumnya yang keadaannya penuh dengan tragis. Kini adik haziq telah pun di pindahkan ke wad pedriatik biasa berbeza dari hari sebelumnya ketika adik haziq masih ditahan di wad ICU dan berada dalam keadaan kritikal.

Bantuan sumbangan daripada orang ramai dari segi keperluan asas telah pun disampaikan oleh para rombongan sukarelawan THE 3rdFORCE UniMAP yang diketuai oleh saudara ANIQ NAWAWI BIN HAMRI daripada School Computer And Communication engineering.

Terima kasih penyumbang, penyampai maklumat dan sukarelawan. Semoga lebih dimurahkan rezeki kalian dan diberkati Allah. Amiiin

Untuk pengetahuan semua, di sini dikongsikan kisah keluarga Pn Norlie buat kali pertama di laman FB ni. Semoga ada yang sudi membantu.

FAKTA KELUARGA

Pn Norlie tinggal dalam sebuah rumah milik bapanya yang dikongsi bersama 3 keluarga semuanya iaitu keluarga ibu bapanya, keluarga Pn Norlie dan keluarga kakak kepada Puan Norlie iaitu Pn Norhaslinda. Pn Norlie hilang mata pencarian sejak suaminya masuk penjara sejak bulan Mac 2017 yang lepas. Pn Norlie ada 3 org anak iaitu – Haziq 6 thn, Damia 5 thn, dan bayi berusia 2 bulan. Sebelum melahirkan anak, Pn Norlie sudah lama bekerja sebagai pelayan di kedai makan.

Pn Norhaslinda (kakak kepada Pn Norlie) mempunyai 3 orang anak dan suaminya bekerja sebagai pembantu di kedai runcit. Ibu Pn Norlie pula menghidap kanser rahim, 2017 dgn ayahnya pula kanser usus sejak 2015. Mereka berdua tidak lagi bekerja.

Jommmm sama-sama bantu walau dengan hanya sebuah doa.

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK

Aniq
Thirdforce UniMAP
Perlis
013-674 2531

Related Post

Leave us a reply

*

*