UPDATE PEMBINAAN RUMAH KAK RAHIMAH IBU TUNGGAL ANAK TUJUH MANGSA BANJIR BESAR 2014 DI KUALA KRAI.

Kerja-kerja pembinaan boleh dikatakan 95% sudah siap. Sekarang tukang tengah buat lantai, tinggal lagi kerja-kerja akhir seperti pemasagan paip dan pendawaiaan.

Seperti biasa bila projek hampir siap, barang-barang yang lebih kita angkut untuk buat rumah asnaf yang seterusnya jika ada, terima kasih adik-adik yang baik hati bantu kita angkut barang naik atas lori.

Kak Rahimah menyatakan rasa syukur dan terima kasih kepada semua yang bersusah payah bantu dia sekeluarga. Kepada keluarga besar thirdforce diluar sana yang terus istiqamah bersama menyumbang sikit sebanyak kepada program kemanusiaan thirdforce hanya Allah saja kita seeahkan segalanya …

Teruskanlah bersama abangraja dan thirdforce. Kerana kalau bukan kita siapa lagi???

Jommm jadi orang baik-baik.

Ali Mohamed
Sukarelawan Thirdforce
26/3/18.

Related Post

Leave us a reply

*

*