UPDATE PEMBINAAN RUMAH ABANG ASRI ASNAF DALAM LADANG SAWIT ; MASIH ADA YAMG SAYANG

PROJEK PEMBINAAN RUMAH ABANG ASRI

27 Mac-kg.Changgai Pasir Putih, hari ini seramai lima orang sukarelawan Thirdforce bergerak ke tapak pembinaan rumah Abang Asri untuk menghantar bahan binaan seperti batu bata, simen dan besi.

Kisah abang Asri ini pernah kita viralkan dahulu. Kehidupannya yang sangat dhaif dan menyara 5 orang anak yang masih bersekolah. Mereka sekeluarga tinggal disebuah pondok usang terpencil di dalam ladang kelapa sawit. Meneruskan kelangsungan hidup tanpa bekalan elektrik dan air bersih mungkin boleh mengundang pelbagai kemungkinan buruk kelak terutamanya untuk anak-anaknya.

Selari dengan misi gerakan kita untuk menyalurkan bantuan secara terus tanpa sebarang protokol dan birokrasi. Pada hari itu juga Abangraja bersetuju membantu dan melancarkan bantuan untuk membina tempat tinggal untuk keluarga ini.

Alhamdulillah, sehingga ke hari ini kerja-kerja pembinaan untuk rumah abang Asri sekeluarga masih berjalan dengan lancar. Ini semua adalah berkat doa, sokongan dan sumbangan orang awam dan keluarga besar Thirdforce diluar sana.

Untuk minggu ini, tukang kita berusaha untuk menyiapkan kerja-kerja mengikat bata dan seterusnya. Kita juga berusaha untuk menyiapkan rumah ini sebelum bulan ramadan.

Kepada sesiapa yang masih ingin membantu, peluang masih terbuka luas. Bantulah mengikut kemampuan, Kami di sini masih lagi memerlukan beberapa jenis bahan binaan.

Anggaplah dengan menginfak ini sebenarnya kita sedang membantu diri kita sendiri. Kerana hakikatnya semua amalan itu adalah saham akhirat kita.

#projekrumahabangasri

Laporan Affifudin dan Ali Sukarelawan Thirdforce.

Related Post

Leave us a reply

*

*