AYAM GORENG KFC UNTUK SI KUYONG ; MENJEJAKI ASNAF YANG MAKAN SISA KFC DI TONG SAMPAH

SEMPORNA – 26 Mac 2018 | Pada 13 mac lalu kami ada memaparkan kisah si “Kuyung” yang menjadikan tong sampah KFC tempatnya mengambil tulang dan sisa makanan KFC sebagai bahan makanan keluarganya.

Alhamdulillah setelah 12 hari mencari dan menjejaki si “Kuyung” akhirnya team sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah berjaya mengesan dan mengetahui lokasi sebenar tempat tinggalnya.

Ada hamba Allah seorang Doktor sangat terharu membaca kisah si Kuyung dan menginginkan si “Kuyung” serta keluarganya kenyang menikmati ayam goreng KFC yang masih panas. Alhamdulillah malam ini amanah Puan Dr telah dipenuhi. Memang keluarga si Kuyung begitu selera bersama ayah, ibu serta adik perempuannya menikmati hidangan ayam goreng KFC.

Dalam diam terlalu banyak masyarakat kita yang hidup dalam penderitaan. Ada ramai manusia sebangsa dan seagama kita tidur dalam kelaparan. Tak percaya boleh sertai kami turun padang menyantuni homeless, fakir miskin dan lain-lain.

Ini perjuangan kami
Perjuangan abangraja
perjuangan kita bersama

Demi saham akhirat untuk bekalan ke sana …

Masih tak percaya???

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*