SYARAHAN UMUM INDUSTRI KESUKARELAWAN DI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.

Hari ini Abangraja dijemput untuk memberi syarahan umum kepada pelajar-pelajar serta melancarkan The Thirdforce peringkat Universiti Malaysia Terengganu.

Program yang berlangsung selama dua jam itu disambut baik para pelajar UMT. Seramai 1400 orang pelajar telah menyertai program ini. Banyak input-input yang berguna dikongsi Abangraja kepada para pelajar.

Hari ini juga abangraja sempat bermesyuarat dengan pihak pengurusan tertinggi UMT berkenaan program-program susulan yang sedang dirancang. Semoga dengan kerjasama antara Thirdforce dan UMT memberi semangat baru dalam kerja-kerja kesukarelawanan.

Ali Mohamed
28/3/18
Sukarelawan Thirdforce.

Related Post

Leave us a reply

*

*