UPDATE BANTUAN BAIK PULIH RUMAH IBU TUNGGAL ANAK TUJUH MANGSA BANJIR BAH KUNING 2014 DI KUALA KRAI

22 Mac 2018 | Kuala Krai- perkembangan terkini bantuan baikpulih rumah kak rahimah di Kg Jerat, Kuala Krai kini telah 99 peratus siap.

Minggu depan kita akan mula pasang wiring yang akan dilakukan oleh sukarelawan Hasan. Hasan merupakan pelajar lepasan Institusi Latihan Perindustrian (ILP) Pengkalan Chepa. Segala kerja kerja wiring yang melibatkan rumah asnaf, Hasan akan pasang.

Kita akan menyerahkan rumah Kak Rahimah ini apabila siap sepenuhnya nanti tanpa mengadakan majlis perasmian.

Ayuh semua rebut saham akhirat. Terima kasih kepada semua penyumbang yang terus membantu Kak Rahimah dan anak-anaknya yang kesemuanya masih belajar. Kita akui kita masih memerlukan sumbangan kalian semua untuk siapklan rumah ini namun kita juga percaya semuanya adalah dalam perancangan Allah.

Semoga sikit sebanyak saham akhirat yang kita sama-sama ambil ini akan menjadi asbab untuk kita berjiran di akhirat kelak. Insya Allah..

Jom jadi orang baik baik

#projekRumahRahimah #jomjadiorangbaikbaik#the3rdforce#togetherwearestronger #politikletaktepi #RajaShamri2022

Laporan oleh Sauti
Sukarelawan Thirdforc

Related Post

Leave us a reply

*

*