NAK BERKEMPEN SILAKANLAH TAPI JANGAN HASUT ASNAF JADI KUFUR

Beberapa hari lepas ada asnaf yang kita pernah bantu untuk bina sebuah rumah yang sangat cantik dengan design moden kontemporari datang mengadu katanya rumahnya sempit dan mintak kita pasang tile atau mozek penuh rumah. Katanya juga sistem pendawaian kita tak sempurna, wire kena makan kat tikus dan kena tambah satu lagi tiang letrik, kena buat telaga tiub dan macam-macam lagilah … Semuanya selepas lebih satu tahun … heheeh …

Masa tu hati dah syak ada sesuatu yang tak kena ni. Macam ada je orang yang cerdik tak berapa cerdik, stupid tak berapa stupid yang datang hasut atau cucuk jarum ni cakap yang bukan2 sebab asnaf ni seorang ibu tunggal kerja kampung, tak berpendidikan dengan seorang anak OKU terlantar …

Setelah kita siasat info yang kita dapat musim dekat nak pilihanraya ini adalah yang datang berkempen rumah ke rumah … lepas tu mulalah nak tunjuk ambik berat … kritik rumah yang kita sama2 bina … tak kena kat situlah kat sinilah …

haishh … awak tu dulu si asnaf berpuluh tahun hidup dhaif tak ada pulak datang bantu … bila kita dah siap bina rumah bagai dah setahun dah baru awak datang pulak hasut tak ada tile lah, rumah keciklah dsbg.

NAK BERKEMPEN SILAKANLAH TAPI JANGAN HASUT ASNAF JADI KUFUR …

Sebaliknya jika kalian sama2 pakat bantu asnaf tu kan bagus. Kalau tengok rumah tu tak ada tile kalianlah yg sponsor tile tu pulak … Kalau rasa rumah 800 kaki persegi untuk seorang ibu tunggal umur 50 tahun dgn anak terlantar tu kecik maka kalianlah yg sepatutnya segerakan penambahbaikan.

Bukan kritik projek thirforce …!!
Kita bukan lawan politik kalian!!
We are not you POLITICAL ENEMY!!

Lainlah kalau thirdforce ambil calon PRU nanti … ehemm 
Ada berani???

Jommm jadi orang baik-baik.
Lainsyakartum La’azidannakum …

Related Post

Leave us a reply

*

*