[TF SABAH] PROGRAM DAPUR SYURGA : MAKANAN PERUT UNTUK MEREKA MAKANAN HATI UNTUK KAMI

TAWAU – 31 Mac 2018 | Alhamdulillah malam ini program dapur syurga merupakan penutup aktiviti PERKALAS@3rd Force Sabah untuk bulan Mac. Program ini mensasarkan 110 orang homeless dan fakir miskin untuk diberikan makanan dan minuman percuma. Untuk data pada bulan Mac ini Sebanyak 43 program di merata daerah di Sabah telah dilaksanakan.

Program sebanyak ini bukti komitmen semua sukarelawan PERKALAS @ 3rd Force Sabah dan seluruh keluarga besar yang menyokong penyebaran gelombang jom jadi orang baik-baik bagi membantu golongan yang memerlukan termasuk homeless dan fakir miskin di negeri ini.

Kaedah turun padang yang dilaksanakan oleh para sukarelawan PERKALAS @3rd Force Sabah untuk menyantuni sasaran merupakan kaedah yang dipilih, di saat manusia lebih gemar berdiskusi, berdebat, berpidato, berforum, menulis tentang permasalahan rakyat kecil yang hidup dalam kekurangan. PERKALAS@3rd Force Sabah lebih realistik dengan berpegang prinsip hanya dengan “Tindakan” turun padang di lapangan mampu mengetahui masalah sebenar rakyat kecil.

Aktiviti turun padang sambil berkongsi rezeki dan melihat keperitan fakir miskin akan membentuk jiwa yang lebih berintegriti dan kreativ untuk membantu meringankan beban hidup golongan fakir miskin ini.

Bagaimana ingin membantu fakir miskin jika hanya membantu mereka secara bermusim. Bagaimana ingin mengetahui kesusahan mereka jika kita jarang menziarahi mereka di pondok buruk yang mereka tinggali. Bagaimana ingin mengetahui keperitan mereka jika kita tidak pernah ke dapur rumah mereka melihat makanan yang mereka masak setiap hari.

Setiap permasalahan akan lebih jelas jika kita sendiri turun merasai, melihat, mendalami, berkawan dengan fakir miskin dan berempati dengan apa yang mereka lalui.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*