ZIARAH KEMANUSIAAN THIRDFORCE PASIR MAS

Hari ini 3rd Force Pasir Mas berganding bahu bersama 3rd Force Kota Bharu menyantuni keluarga asnaf sekitar Pasir Mas.
Kami memulakan program dengan berkunjung ke rumah Puan Noriah.

Pembinaan bilik untuk rumah Puan Noriah telah bermula beberapa hari yang lepas. Pihak Naelofar Hijab telah bersetuju untuk menyumbang sebahagian dari kos pembinaan tersebut. Pihak 3rd Force Pasir Mas akan berusaha untuk menyiapkan pembinaan bilik ini dalam kadar yang segera.

Kunjungan ini juga disertai bersama Puan Bibi Khateeja Yusuf iaitu nenek kepada pemilik Naelofar Hijab dan Puan Raja Anita.
Seterusnya kami berkunjung ke rumah En Hasrin Rusdi dan Puan Habibah Jaafar. Mereka mempunyai lapan orang anak yang mana 7 orang anak mereka masih bersekolah.

En Hasrin menghadapi masalah buah pinggan, bengkak hati dan uluran dan tidak bekerja dengan sempurna. Beliau bekerja sebagai seorang buruh kasar.

Puan Habibah pula menghidap kanser payu dara dan sering sakit. Anak lelaki mereka yang berumor 17 tahun disyakki menghidap kanser thyroid.

Keluarga ini menerima bantuan sebanyak RM400 sebulan dari JKM.

Laporan
Kak Lah
3rd Force Pasir Mas

Related Post

Leave us a reply

*

*