“MISI BANTUAN PENAMBAHBAIKAN DINDING RUMAH ABANG AZMI DI KG WAI”

Assalamualaikum & Sejahtera

03.03.2018, Ahad, Kg Wai, Kuala Perlis – Memandangkan misi sebelum ini dalam mencari rumah atau tanah untuk dijual bagi membantu Abang Azmi sekeluarga mendapat tempat tinggal yang lebih sesuai menemui kebuntuan, 3rdForce Perlis mencari altenatif lain iaitu Misi Menambahbaik Dinding Rumah Abang Azmi agar dapat menggantikan dinding zink rumahnya yang sediaada.

Sukarelawan TF Maqamin sempat turun ke lokasi rumah pada hari ini untuk mendapatkan data ukuran dinding bagi keperluan rumah Abang Azmi ini. Kami juga merancang untuk mewujudkan partition tambahan bagi mengasingkan tempat tidur Abang Azmi isteri dari tempat tidur anak-anak mereka yang kini sudah cukup besar.

Bagi yang tidak sempat mengikuti perkembangan kes Abang Azmi sebelum ini, Abang Azmi tinggal di sebuah rumah atas tanah rezab kerajaan di tepi sungai. Rumah mereka hanya ada 1 ruang kecil sahaja di mana ruangan tersebut lah mereka jadikan sebagai dapur mereka, ruang tamu mereka dan tempat tidur mereka 6 beranak.

PERHATIKANLAH GAMBAR-GAMBAR YANG DIKONGSIKAN INI … 

Buat masa kini, dari hasil sumbangan orang ramai, kita ada wang sumbangan berbaki RM986.59, manakala anggaran kos baikpulih dinding dengan menggunakan material simen board dan tambahan lantai bagi partition baru adalah lebih kurang RM1,600.

Oleh itu, bagi merealisasikan bantuan rumah ini, kita mengalukan bantuan dari semua pihak yang sudi menghulurkan bantuan.

Mungkin kontraktor boleh menyumbang beberapa keping simen board.
Mungkin katering boleh menyumbang makan minum kepada sukarelawan yang akan bergotong royong memasang lantai dan dinding ini.
Mungkin pihak JKM atau badan lain boleh memberi pinjam khemah supaya sukarelawan dan keluarga Abang Azmi dapat berteduh di hari terik tersebut.

JOM SAMA-SAMA BANTU MANA YANG TERMAMPU.

Kita nak berusaha yang mana termampu untuk sediakan teduhan yang lebih sesuai dan selesa untuk keluarga ini.
Ada anak kecil yang perlukan agama dan ilmu.
Ada iman yang perlu dipertahankan.
Ada pesan Allah yg perlu di tunaikan.

JOMMM JADI ORANG BAIK-BAIK

TF Maqamin : 0139983996
TF Ami : 0108148545

We all are 3rdForce
Together we are Stronger

**** PROFAIL KES ****

En.azmi adalah bapa kepada 6 orang anak. Beliau mula menetap di rumah zink ini sejak 4 tahun yg lalu. Hasil lawatan, rumah beliau tidak mempunyai kemudahan bilik air dan tidak juga dilengkapi bilik.

Hanya ruang tamu dan dapur. Hanya tidur di atas lantai. rumah yg dibina sejak 4 tahun ini adalah diatas rezab kerajaan jadi tiada punca elektrik dan tiada bekalan air yang dapat disalurkan terus ke rumah.

Bekalan elektrik hanya digantikan dengan lilin dan pelita minyak tanah. Manakala, bekalan air diangkut dari surau berdekatan.

4 org anaknya tinggal bersamanya, manakala 2 orang lagi anaknya yg sulung dan ke-3 tinggal bersama ibu saudaranya. Seorg anaknya ini mengalami masalah penyakit kulit manakala seorang lagi mengalami masalah lembam.

4 tahun lalu En.azmi pernah terlibat dlm kemalangan menyebabkan tgnnya dimasukkn besi dan menyukarkannya utk melakukan kerja2 yg berat.

🔻CERITA ASAL KES ABANG AZMI, KG WAI
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=237929246591029&id=184658158584805

Related Post

Leave us a reply

*

*