PROGRAM PEMBINAAN PONDOK SYURGA UNTUK PUAN KAMARIAH

** (IBU TUNGGAL TIGA ORANG ANAK YANG HUDUP DI JALANAN)

SEMPORNA- 14 April 2018 | Alhamdulillah setelah mendapat izin bertulis oleh ketua kampung Air team sukarelawan PERKALAS @3rd Force Sabah telah bergegas untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan pondok syurga ini. Saiz pondok syurga ini perluh dihadkan kerana kawasan ini difahamkan untuk persediaan fakir miskin lainnya membina tempat berteduh.

Pembersihan tapak, membeli bahan keperluan pembinaan dan terus kepada proses pembinaan pondok syurga ini. Dari seawal pagi sehingga petang proses pembinaan berlangsung. Panas terik merupakan cabaran tersendiri untuk koordinator daerah dan para sukarelawan yang bertukang di sini.

Untuk bahan beniaan alhamdulillah telah mencukupi. Saat ini sukarelawan berusaha mempercukupkan keperluan dalaman pondok syurga ini untuk keperluan puan Kamariah sekeluarga. Antara keperluan yang saat ini masih berusaha dikumpulkan ialah :

1. Tangki air
2. Dapur gas
3. Tong gas
4. Keperluan bilik mandi
5. Pinggan mangkuk
6. Almari pakaian
7. Kuali dan periuk

Mohon semua doakan kesihatan dan tenaga yang mencukupi kepada para sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah untuk menyiapkan pondok syurga ini. In sya Allah proses pembinaan pondok syurga ini akan sentiasa diupdate.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*