RM 5 SEHARI MENJADI PENERUS HIDUP PASANGAN WARGA EMAS INI –
ATOK AMIL DAN NENEK JURRAH

TAWAU – 15 April 2018 | Petang tadi team sukarelawan PERKALAS @ The 3rd Force Sabah telah bertindak pantas untuk melihat sendiri kedaifan pasangan warga emas ini hasil maklumat yang dikongsikan kepada HQ.

Ketika melihat dari jauh pondok buruk yang didiami pasangan ini hati begitu pilu. Manakan tidak di pondok buruk itu yang diperbuat dari kayu-kayu reput, zink uzur bertampal-tampal di sini sana di sanalah sepasang manusia di usia senja berlindung dari panas hujan.

Sesampainya di pondok ini kami disambut dengan senyuman oleh nenek Jurrah. Kegembiraannya seolah-olah telah lama mereka tak dikunjungi oleh orang ramai. Cepat-cepat nenek Jurrah membangunkan sang suami iaitu Tok Amil mengatakan bahawa mereka ada tamu.

Tok Amil baru balik dari bekerja sebagai tukang jahit kasut. Pendapatannya pada hari ini ialah RM5. Jika ada yang sudi menjahit kasut atau sandal yang rusak Tok Amil bersedia membuatnya untuk menambah pendapatannya. Aku berfikir panjang bagaimana tabahnya orang yang berusia seperti tok Amil berusaha keras mencari rezeki halal tanpa meminta-minta.

Dengan duit sebanyak RM 5 itu beliau membeli beras dan keperluan lain. Pasangan ini tidak mempunyai zuriat. Nenek Jurrah pula suri rumah. Untuk mengisi waktu dan kesunyiannya ketika tok Amil bekerja nenek Jurrah memelihara banyak kucing. Selain itu nenek Jurrah sentiasa membersihkan jalan di sekitar kampung untuk keselesaan pengguna lalu lalang di tepi pondok buruk itu.

Mataku dan sukarelawan lain memerhati sekitar pondok warga emas ini. Tiada tangki air, masak menggunakan tin besar sebagai dapur dan memasukkan kayu api di dalamnya. Pasti cukup lama menderita kedua warga emas ini.

Ketika sukarelawan menghulurkan barangan dapur serentak pasangan warga emas ini menadahkan kedua tangan mereka mengucap syukur dan memanjatkan doa dalam bahasa arab. Ya Allah mulianya dan beradabnya fakir miskin ini mendapat rezeki. Aku terkedu sebab terlalu banyak nikmat yang Allah beri kadang aku lupa untuk bersyukur.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*