EDARAN BARANGAN DAPUR UNTUK ASNAF

TAWAU – 15 April 2018 | Fakir miskin ini berada di sekitar kita. Mungkin kita tidak sedar kehadiran mereka atas pelbagai sebab. Tekanan kerja, masalah peribadi yang membelenggu, atau mungkin pendapatan kita cukup sekadar menyara keluarga masing-masing.

Semua ini kadang membuat kita terlalu mementingkan diri sendiri sehingga sering kita lupa ada manusia lain di sekitar kita menderita dalam diam mereka. Tangis mereka tiada yang tahu, penderitaan mereka tenggelam dengan hiruk pikuk kesibukan kota yang semua serba pantas dan mencabar.

Kita lupa bahawa tekanan hidup di dunia moden saat ini ada cara atau terapi serba sedikit boleh pulihkan hati kita dengan mendapingi fakir miskin. Menyantuni dan berkongsi sedikit rezeki kepada mereka.

Image may contain: one or more people, people standing and outdoor

seorang warga emas dibantu oleh sukarelawan Thirdforce. beliau ditemui ketika sedang mengutip tin di tong sampah. umur yang sedemikian dengan kudrat yang semakin lemah masih lagi bekerja untuk menyara keluarga dan diri… kami bangga dengan mu atok

Terkadang nikmat yang kita perolehi terlalu kita pandang remeh dan tidak hargai. Di luar sana ada ramai manusia kelaparan, ada manusia yang terpaksa mengais-ngais sampah untuk hidup, ada manusia yang tidak lengkap anggota badan (OKU) untuk bekerja, ada nenek tua sebatang kara terpaksa menangung penderitaan seorang diri. Ada manusia di luar sana yang bergelar ayah menderita penyakit strok dan buta sehingga tidak mampu menangung keluarganya. Mereka makan hanya nasi dengan kicap.

Belajar bersyukur dengan membuka mata hati melihat di sekeliling kita. Melihat penderitaan mereka pasti kita akan rasa malu jika tak bersyukur. Alhamdulillah saat ini kita mendiami rumah yang baik ada manusia diluar sana tiada rumah terpaksa merempat di kaki lima.

“Pandang langit !!! jangan lupa ingat tanah yang kau pijak”

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*