UPDATE BANTUAN UNTUK SAUDARA HEZRIZA KG SERDANG SITIAWAN ; JOM BERILTIZAM JADI ORANG BAIK-BAIK

Bubar Parlimen bukan bermakna kerja baik dan keprihatinan kita kepada yg susah dan sakit harus dibubarkan jugak. Jom terus iltizam menjadi orang baik-baik walaupn siapa yg memerintah.

Sahabat kita saudara Hezriza daripada Kg Serdang, Sitiawan Perak yg mengidap sakit gout yg sangat kronik amat memerlukan simpati dan bantuan kita. Kami sedang berusaha untuk bina bilik air atau tandas yg sesuai untuk dia di rumahnya sekarang.

Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan 3rd Force Perak atau Ust Syed Sharim 019-5121274.

Jommmm rebutkan saham akhirat ini.

Sharing oleh:
Ustaz Syed Sharim bin Shayid Khalim
The Third Force Perak
28 April 2018

BERIKUT PERKONGSIAN AWAL SEWAKTU LAWATAN PERTAMA THIRDFORCE KE RUMAH HEZRIZA

MENZIARAH EN HEZRIZA YANG MENGIDAP PENYAKIT GOUT YANG SERIUS

Salam semua …

Semalam sukarelawan The Thirdforce Perak, Inas Iskandar telah mengunjungi satu keluarga asnaf di Kg Serdang, Sitiawan. Kami tiba sekitar jam 12.00 tengah hari hasil dari maklumat yang di terima dari viral di dalam Facebook yang dikongsi rakan TF Perak.

Sewaktu tiba di rumah keluarga asnaf alhamdulillah dapat berjumpa dengan En Hezriza dan isteri serta seorang anak mereka. Tetapi kami tak sempat bertemu dengan dua orang lagi anak mereka kerana masih belum pulang sekolah.

No automatic alt text available.

Hezriza tidak bekerja selepas sakitnya gout beliau merebak sehingga kini beliau tidak mampu untuk berjalan.

En Hezriza adalah seorang bekas pekerja MAS (bahagian teknikal) waktu ketika beliau sihat. Beliau mempunyai isteri serta tiga orang anak yang masih bersekolah; seorang darjah 3, seorang darjah 2 dan yang bongsu 4 tahun.

Sebelum ini keluarga beliau tidak menerima bantuan dari mana-mana pihak kerana tidak tahu bagaimana hendak memohon. Baru-baru ini mereka pernah di datangi oleh pelbagai pihak tetapi masih begitu juga. En Hezriza ada bercakap hasrat beliau untuk adakan tandas di dalam bilik beliau untuk memudahkan beliau.

En Hezriza tidak bekerja selepas sakitnya gout beliau merebak sehingga kini beliau tidak mampu untuk berjalan. Keluarganya menumpang di rumah ibu mertuanya. Keadaan keluarga En Hezriza serba kekurangan, bergantung pada wang bulanan SOCSO yang diterima.

Keluarga ini sangat memerlukan perhatian dan bantuan dari kita semua. Kesempitan hidup mereka yang serba kekurangan, anak-anak yang masih bersekolah yang memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi dan hasrat beliau untuk adakan tandas di dalam bilik beliau untuk memudahkan beliau untuk ke tandas . Setakat ini beliau menerima bantuan berbentuk barang keperluan yang di beri oleh orang ramai.

Semalam sukarelawan The Thirdforce Perak hanya pergi melawat untuk memastikan keperluan yang diperlukan oleh beliau dan bercadang untuk merangka pelan yg lebih komprehensif setelah berbincang dengan team yang lain.

Buat masa ini apa yang kami nampak En Hezriza sangat memerlukan bantuan seperti diapers, tisu basah serta keperluan harian. Oleh itu team TF Perak akan merangka pelan untuk membantu keluarga ini. Team bercadang untuk bantu asnaf ini mengisi borang permohonan bantuan zakat /JKM untuk meringankan beban mereka.

Kami akan panjangkan cerita ini pada pihak berkenaan untuk menyalurkan bantuan kepada mereka sekeluarga.

Teruskan bersama The Thirdforce Perak. Kalau bukan kita siapa lagi.

Kami berpisah pada jam 1.30 tengah hari.

Hubungi Inas Iskandar untuk update tentang program bantuan
Tarikh laporan tu di buat.
30/3/2018

Wallahu’alam

Dilaporkan oleh
Inas Iskandar
The Thirdforce Perak

Related Post

Leave us a reply

*

*