UPDATE BANTUAN KEBAKARAN DI KG KELAUTAN.

INANAM – 1 May 2018 | Hasil maklumat daripada keluarga besar PERKALAS@ The 3rd Force Sabah kita telah menerima perkhabaran bahawa satu kebakaran telah berlaku yang memusnahkan lebih kurang 20 buah rumah pada 8 April lalu.

Saat ini ada seramai 7 ketua keluarga (22 orang) masih berteduh di di dalam khemah yang berlokasi di Kg Kalutan, Inanam d belakang G Mart. Kesian para mangsa yang terpaksa berhimpit-himpit di dalam khemah berlantaikan papan lapis buruk.

Keperluan utama para mangsa ini ialah bahan-bahan untuk pembinaan semula rumah mereka. Ini kerana keadaan khemah ini sangat panas dan tidak kondusif untuk kehidupan apa lagi isi khemah ini ialah mangsa yang berumur 11 bulan hingga 50 tahun.

Jom sahabat-sahabat di luar sana kita bersama membantu mangsa kebakaran ini. Terima kasih kepada Puan Hidayah dan keluarga kerana usahanya jadi orang baik-baik. In sya Allah team sukarelawan lain akan berusaha ke tempat kejadian.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*