EDARAN BARANGAN DAPUR UNTUK FAKIR MISKIN

TAWAU – 5 May 2018 | Pada hari ini 4 keluarga asnaf telah disantuni oleh para sukarelawan PERKALAS @ The3rdForceSabah. Mereka datang dari pelbagai latar belakang permasalahan yang berbeza. Lokasi sasaran pada kali ini ialah di sekitar kawasan Balung, Tawau.

Keluarga pertama seorang warga emas yang sering sakit dan dijaga oleh cucunya. Keadaannya yang miskin, semakin dimamah usia dan ditambah penyakit yang dideritainya menjadi ujian tersendiri pagi atok ini.

Image may contain: one or more people, people standing, tree, outdoor and nature

para sukarelawan tidak pernah putus asa dan terus istiqamah membantu mereka memerlukan. kali ini mereka ke Lokasi sasaran pada kali ini ialah di sekitar kawasan Balung, Tawau

Keluarga ke dua pula merupakan pesakit barah pangkal rahim tahap empat. Sentiasa mendapatkan rawatan di hospital namun perlu berjimat cermat kerana pendapatan suami hanya Rm700 sebulan dan terpaksa menanggung anak untuk bersekolah disamping makan minum seharian mereka sekeluarga.

Keluarga ke tiga pula ialah sepasang suami isteri yang daif dengan beberapa orang anak yang masih bersekolah. Saat sukarelawan tiba di rumah, ibubapa adik-adik ini keluar memancing ikan suami isteri agar ada boleh dijadikan lauk seisi keluarga. Pondok mereka berteduh sangat usang yang hanya berdinding zink. Bekalan air bersih pula hanya mengharapkan air hujan yang turun.

Semoga dengan usaha kecil team sukarelawan PERKALAS @ The3rdForceSabah akan dapat mengurangkan bebanan hidup mereka. In sya Allah program edaran barangan dapur ini akan menjadi rutin bulanan bagi membantu asnsf di bawah seliaan sukarelawan.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*