SAHAM AKHIRAT DIBUKA: PEK RAMADHAN 2018

Sempena hari jumaat yang mulia ini saya dengan rendah diri dan berbesar hati ingin mengajak semua keluarga besar thirdforce dan semua orang baik-baik diluar sana untuk menyertai program pack ramadahan 2018. Ini tahun ke 3 kita laksanakan program ini.

Minggu depan kita akan mulakan beli dan packing barangan dapur untuk agihan pek ramadan yang kita jangkakan akan berlangsung selama 2 minggu iaitu seminggu sebelum dan seminggu selepas ramadan bermula.

Kita plan 1 kotak akan mengandungi barangan dapur seperti Beras / Kurma / Gula / Milo / Susu / Biskut / Tepung / teh / kordial dsbg.

Kepada pengeluar produk makanan yang nak sama2 menyumbang hubungilah abangraja melalui whatsapp h/p: 017-3872232.

Tahun 2017 kita telah berjaya santuni sekitar 7000 orang asnaf seluruh negara. Kita membawa mesej kasih sayang, ajak asnaf mendekati Allah, bersyukur dan mesej kemanusiaan kepada asnaf.

Tiada limit berapapun yang tuan puan nak sumbangkan. Bagi RM10 kita beli gula. Bagi RM2 kita beli plastik nak packing. Bagi RM100 kita beli beras dan barang2 lain. Kalau nak bagi barangpun boleh tapi kalau boleh packinglah siap2. Kesian kat adik2 sukarelawan nak kena packing pulak nanti.

Kita tak letakkan harga berapa ringgit untuk satu pek sebab kalau letak harga nanti mereka yang tak mampu tak boleh nak buat pahala sedangkan Allah tak menilaipun berapa harga melainkan keikhlasan kita kan …

Saya masih ingat tahun lepas bagaimana ada asnaf yang menangis mendongak langit mendoakan para penyumbang betapa mereka sangat bersyukur dengan sedikit pemberian kita.

Sukarelawan yang menyantuni asnaf ini akan kita bekalkan dengan sedikit pesanan mengajak asnaf untuk mendekati Allah, solat dan bersyukur serta agar mereka doakan kita semua. Kerja mengagihkan pek ramadhan ini juga bukannya mudah. Kena punggah naik bot ke pedalaman … loading unloading bot tu bukannya mudah.

Jadi ianya bukan sekadar nampak bagi sumbangan dan that’s it! Ianya memerlukan banyak kerja dan pengorbanan. Barangan ini berat dan memang perlukan bnyk tenaga.

Kita sama2 bantulah dengan cara masing2. Kepada yang nak bagi sumbangan PM ke inbox … Kepada yang nak bagi tenaga follow FB saya ini untuk tahu jadual agihan dan lokasi. Kepada yang tak mampu nak buat apa2 kongsikanlah mesej ini sejauh mungkin. Kita sebarkan usaha ini selebihnya kita serah kat Allah.

Jangan mintak abangraja PM sebab ni facebook page abangraja takleh PM kepada kalian. Kalianlah yg kena mesej dulu pada abangraja nanti abangraja reply detail bagaimana boleh sama2 bantu / sertainya. Ataupun whatsapp no yg tertera di poster.

InsyaAllah rahmat Allah untuk kita.

Jommm jadi orng baik-baik.
Hubungi 017-8678767 untuk sebarang pertanyaan.
https://api.whatsapp.com/send…

atau abangraja : 017-3872232

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Wallahu’alam …
Sharing is caring!

www.rajashamri.com
www.the-3rdforce.org

Related Post

Leave us a reply

*

*