MAKANAN DAN MINUMAN PERCUMA UNTUK HOMELESS

TAWAU – 12 MAY 2018 | Alhamdulillah malam ini sukarelawan PERKALAS @ The 3rd Force Sabah masih diberi peluang melaksanakan program dapur syurga untuk berkongsi rezeki kepada 100 orang homeless di bandar Tawau.

Sifat berkasih sayang kepada sesama manusia merupakan elemen penting untuk membentuk peribadi manusia yang manusiawi.

Bagaimana mungkin sesuatu golongan itu boleh dikatakan maju dan berpribadi tinggi jika di kiri kanannya masih ada orang yang tidur di kaki lima, orang yang tidur dalam kelaparan, masih ramai menjadikan sampah sarap sebagai tempat mencari sisah makanan untuk mengalas perut.

Saat kita berusaha keras membina peradaban dengan pencangkar langit tanpa disedari ada ramai manusia semakin terpinggir dan tersisih. Ada ramai manusia tidur beralas kotak di celah-celah bangunan. Islam itu kasih sayang, Islam itu keindahan, Islam itu kesamarataan, Islam itu pembelaan.

Jom kita bina peradaban dan Istana Islam di hati kita masing-masing. Bagaimana mungkin Islam mampu bersinar jika Istananya di dalam hati masih rapuh dan tidak diperkukuhkan. Semoga semua mendapat kebaikan dalam rahmat Tuhan.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*