AGIHAN PEK RAMADAN THIRDFORCE PERAK

Opah dalam gambar-gambar bersama kita adalah ibu kepada Encik Faiz (50 tahun) bekas pekerja pembersihan di kolej vokasional. Kesihatan opah yang berumur 75 tahun ini tidak baik. Tahun lepas beliau terlantar di katil selama 7 bulan akibat strok. Opah juga ada penyakit kencing manis yang serious.

Yang tinggal di rumah Kg Dato Seri Kamaruddin adalah 4 orang anak. Keempat-empat anak pun tak berumah tangga. Encik Faiz sekarang kerja kampung dan kakaknya yang berumur 60 tahun bekerja sebagai cleaner.

Anak bongsu opah yang berumur 29 tahun ada penyakit mental. Menurut opah tu, anak dia tu mula jadi tak siuman selepas pergi ke laut semasa tingkatan 5.

Kami juga dapati yang pemuda itu macam ada penyakit nerve disorder sebab pergerakannya macam orang cacat. Kalau tak silap, anak seorang lagi yang tinggal dengan opah tu pun tak dapat kerja.

Kalau ikut kriteria yang kami ada untuk pengagihan pek Ramadan, keluarga inilah menepati 3 kriteria.

1. Pendapatan sekeluarga tak dapat menampung kehidupan.
2. Ada ahli keluarga ygan ada penyakit kronik.
3. Ada ahli keluarga yang OKU.

Teacher Cheah Li Na
Thirdforce Perak

Related Post

Leave us a reply

*

*