AGIHAN PEK RAMADAN TF PERLIS : KANGAR

Alhamdulillah. Third Force Perlis diberi kesempatan untuk turut serta melaksanakan amanah penyumbang bagi Agihan Pek Ramadhan untuk golongan asnaf, mereka yang kurang mampu dan kurang upaya di sekitar Kangar.

Agihan dimulakan di Jln Hj Othman di mana terdapat 5 buah keluarga asnaf yang tinggal berdekatan di kawasan itu. Pada mulanya, kami merancang untuk membuat agihan kepada 4 buah keluarga yang pernah kami santuni sebelum ini. Namun, ketika proses agihan dilakukan, kami terserempak dengan nenek yang sedang berjalan pulang ke rumah beliau. Kami sempat berbual dan mendapat tahu yang nenek tersebut yang hanya dikenali sebagai Mak Cik Bunga tinggal bersama suaminya yang tidak berupaya lagi berjalan dan bergerak seperti biasa akibat sakit tua. Mungkin sudah tertulis rezeki Mak Cik Bunga sekeluarga, kami tergerak untuk sediakan lebih 1 Pek Ramadan semasa membeli belah semalam. Alhamdulillah. InsyaAllah, di kesempatan lain kami akan menyantuni beliau lagi khusus supaya dapat kami berbual lebih lanjut.

Pek Ramadan ini mengandungi barangan keperluan untuk menghadapi bulan puasa seperti beras, sardin, kurma, kordial, gula, gandum, Milo, telur, dan minyak.

Pihak Third Force Perlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan yang telah menyumbang untuk menjayakan program ini.

Laporan TF Ami
Third Force Perlis
010-8148545

Related Post

Leave us a reply

*

*