PEK RAMADAN TF PERAK UNTUK KELUARGA YANG RUMAH TERBAKAR

Pada 17 Mei 2018, Tuan pengarah KV Seri Manjung menyampaikan Pek Ramadan kepada pelajar Tahun 1 Pra Diploma Syafika Azila bt Saiful.

Rumah keluarga Syafika di Chenderong Balai terbakar pada 15 April 2018. Semua harta benda mereka habis terbakar. Pada masa kejadian, pelajar ini berada di asrama kolej.
Kini keluarga ini yang terdiri dari ayah, ibu dan 8 orang anak menumpang di rumah datuk mereka. Syafika merupakan anak sulung. Adik yang bongsu berumur 6 tahun.

Ayah pelajar ini, Encik Saiful, merupakan bekas pelajar sekolah kami pada masa 90an.

Related Post

Leave us a reply

*

*