PEK RAMADHAN SEBUAH KEGEMBIRAAN TERSENDIRI UNTUK ASNAF

SANDAKAN – 20 MAY 2018 | Mungkin bagi sebilangan besar dalam kalangan kita Beras 5kg@10kg , minyak masak, tepung sekilogram, kurma sekotak, susu pekat manis satu tin, kicap sebotol, garam sekilogram, gula sekilogram, teh uncang, kordial, mee sedap goreng, dua tin sardin secara percuma merupakan hal biasa dalam kehidupan kita. Mungkin saja kita boleh membeli jauh lebih mewah daripada itu. Namun bagi asnaf kami menerima bungkusan pek ramadhan ini ada yang menangis kegembiraan, ada yang terus menadahkan tangan tanda kesyukuran malah ada yang terus memeluk sukarelawan PERKALAS&The 3rd Force Sabah tanda terima kasih.

Kejadian sebegini yang sering membuat para sukarelawan terkedu malu dan hiba. Alangkah bersyukurnya fakir miskin ini. Aku dan anda bagaimana ????

Mereka hidup cukup daif bayangkan mereka mandi menggunakan air perigi dan ada dikalangan mereka 100 peratus mengharap air hujan untuk kegunaan harian. Kita baru sejam dua mati air paip sudah bising mengomel dan menyumpah. Mereka hidup di rumah yang sangat usang. Bagi aku itu bukan rumah tetapi lebih sesuai di sebut sebagai pondok.

Nilai sabar dan syukur pada diri mereka cukup hebat. Sebagai contoh ketika sukarelawan datang menziarahi mereka dari rumah ke rumah sebilangan besar mereka hidup serba serbi kekurangan termasuklah makanan.

Bagaimana mereka berpuasa ??

Apa yang mereka makan ketika bersahur ??

Juadah apa yang mereka makan ketika berbuka puasa ???

Ya Allah ada dikalangan mereka hanya menjadikan kicap masin sebagai lauk bersama nasik kosong. Itupun sudah cukup bersyukur. Telor goreng sekali sekala mereka makan. Jangan cerita ayam atau daging. Semua ini kadang kita terlupa atau langsung tak pernah terlintas di fikiran kita bahawa ada manusia di luar sana yang satu kampung atau satu daerah dengan kita menderita kelaparan tanpa meminta-minta.

Semoga ramadhan 2018 merupakan titik baru untuk perubahan kita jadi manusia yang lebih baik. Lebih peduli nasib sesama manusia dan mahu berbagi rezeki yang ada dalam simpanan masing-masing untuk fakir miskin. Semoga Ramadhan kali ini bukan hanya kita fokus menjaga hubungan denga Allah tapi hendaklah juga kita berfikir tentang ummat atau nasib manusia lain. Apa guna kita bercerita tentang keindahan Islam di sini sana atau corong-corong bembesar suara di masjid dan surau jika masih ramai orang Islam di sekitar kita kelaparan.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*