AGIHAN PEK RAMADAN TF PERLIS : KUALA PERLIS

Seramai 5 orang sukarelawan ThirdForce Perlis yang sempat mencuri masa membuat Agihan Pek Ramadhan untuk golongan asnaf, kurang mampu dan kurang upaya di sekitar Kuala Perlis pula pada kali ini.

Pek Ramadhan disampaikan kepada 5 buah keluarga asnaf yang boleh dikatakan tidak asing lagi dalam senarai TF Perlis iaitu Pak cik Deraman, Abang Azmi, Kak Rospida, Mak cik Rogayah, dan Nenek Isma. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan menerbitkan rasa syukur dan gembira dihati ahli keluarga ini. Amiiin.

Pek Ramadan ini mengandungi barangan keperluan untuk menghadapi bulan puasa seperti beras, sardin, kurma, kordial, gula, gandum, Milo, telur, dan minyak.

Pihak Third Force Perlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan yang telah menyumbang untuk menjayakan program ini.

Laporan TF Ami
Third Force Perlis
010-8148545

Related Post

Leave us a reply

*

*