[TF AURA DRAJA] ZIARAH SYAWAL MAKCIK KALSOM

Hari ni dah masuk 7syawal..Walaupun sedikit sibuk beraya dan kenduri tapi Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan lagi untuk team Aura Draja ziarah makcik maskalsom yang tinggal di kampung Padang TembesuTumpat..

Dulu makcik Kalsom ni bekerja mengambil upah perkhidmatan mengurut untuk menanggung 13 orang termasuk suaminya yang sedang mengidap penyakit kronik, buah pinggang tahap empat.. Tapi sekarang punca pendapatan makcik kalsom hilang kerana kesihatan yang tidak mengizinkan..makcik kalsom sendiri mengidap penyakit asthma yang teruk sehinggakan kadang2 tak boleh nak jalan.. Beban semakin bertambah berat bagi ibu tua ini kerana terpkasa menampung kos untuk membeli pampers dan susu suaminya..

Makcik kalsom mempunyai 4 orang anak ,salah seorang anaknya Rosli yang baru meninggal dunia beberapa bulan lalu, meninggalkan isteri dan 5 anaknya yang mana isteri nya tidak bekerja.. Maka ibu tua inilah terpaksa menggalas lagi tanggungjawab menyara menantu dan 5 cucu nya itu..Cucu sulongnya yang berusia 18tahun pula mengidap penyakit stroke saraf dan tidak dapat berjalan..

Dengan Pendapatan yang sedikit dan hidup serba kekurangan tanpa apa-apa bantuan yang makcik kalsom dapat menyukarkan dia untuk menyara cucu-cucunya yang masih kecil dan masih ade yang bersekolah.

Kedatangan kami membawa sedikit sumbangan kalian semua orang baik-baik membuatkan makcik kalsom merasa sebak kerana terlalu berterima kasih kepada pihak 3rdforce Aura Draja kerana katanya masih ade yang perihatin terhadap nasib mereka sedangkan dia dihina saat dia meminta bantuan di jabatan tertentu..

Mungkin bagi kita sedikit sangat nilai sumbangan itu tapi tidak bagi makcik kalsom..dia sangat bersyukur dan berterima kasih

Nilai sabar dan syukur pada diri mereka cukup hebat.. Semoga tahun 2018 ini menjadikan tahun lebih baik dari sebelumnya.. Lebih ramai yang peduli nasib sesama manusia dan ingin berbagi rezeki yang ada untuk fakir miskin dan asnaf..

Semoga kita semua orang baik2 bukan sahaja kita fokus menjaga hubungan dengan Allah tapi hendaklah juga kita fikirkan nasib orang lain.

Pernahkan kita fikir Bagaimana mereka menyambut syawal disaat orang lain berpakaian serba baru??

Salam 7syawal

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK!!!

TOGETHER WE ARE STRONGER

3rdforce Aura Draja
Dshamz Careline
0145173791
https://www.facebook.com/auradrajadshamz/

Related Post

Leave us a reply

*

*