BANTUAN KILAT UNTUK MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG BUKIT KUKUSAN

TAWAU- 25 JUN 2018 | Hari ini 11 Syawal hari yang tidak akan dapat dilupakan oleh 37 ketua keluarga yakni hampir 200 penduduk Kampung Kukusan kerana petang tadi sekitar jam 3.00 pm rumah mereka hangus terbakar dijilat api.

Alhamdulillah atas keizinan Allah team sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah telah bergegas ke lokasi dan menyampaikan beberapa barangan untuk kegunaan para mangsa kebakaran ini. Mineral water, biskut, minuman segera, mee segera, susu, beras, keperluan dapur dan makanan lain telah disalurkan.

Besar harapan kami agar semua pihak dapat berganding bahu bersama-sama menyantuni para mangsa ini. Jom kita ramai-ramai turun memberikan apapun bentuk bantuan. Hari ini mereka ditimpa musibah. Sedih melihat keadaan mereka di dewan (pusat pemindahan sementara).

Antara barangan yang sangat mereka perlukan ialah :

1) Peralatan mandi
2) Pakaian (Jika boleh berilah pakaian yang masih elok dan berlabel jantina).
3) Dapur gas
4) Tong gas
5) peralatan masak.
6) Jika boleh pihak yang bertanggungjawab menyediakan dapur sementara bagi kegunaan mangsa.
7) Pampers untuk bayi dan kanak-kanak (Saiz M dan XL).
8)Bantal
9) Pakaian solat

Terima kasih kepada seluruh team sukarelawan PERKALAS @ The 3rd Force Sabah yang bertungkus lumus membantu pihak bomba dan orang kampung saat api mulai menggila sehinggalah agihan pek bantuan kilat pada malam ini.

Selain itu penghargaan ini juga kami tujukan kepada pihak Parlimen P. 191 Kalabakan Yang dipimpin oleh YB Maamun Sulaiman diwakili oleh Tuan Musripin Laibing (SU Wira Kalabakan) dan team yang bertungkus lumus memberikan bantuan kepada team sukarelawan PERKALAS @ The 3rd Force Sabah dan para mangsa.

Setinggi penghargaan ini juga kami ucapkan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri N59 Tanjung Batu Datuk Hajah Hamisah Samat berserta team yang sudi meluangkan masa bersama menyantuni para mangsa. Tidak dilupakan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kami kepada Rakan-rakan daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) , pasukan RELA, Pihak PDRM , Bomba dan Penyelamat dan semua rakan-rakan NGO serta orang ramai yang menjayakan misi bantuan ini. Semoga Allah merahmati anda semua atas pengorbanan kalian.

Kepada YM Dr Raja Shamri Bin Raja Husin dan seluruh keluarga besar PERKALAS @ The 3rd Force Sabah di Malaysia jasa anda di bumi Sabah tidak akan pernah dilupakan. Gelombang jom jadi orang baik-baik boleh berterusan ke seluruh pelusuk negeri ini berkat sokongan, bantuan dan tunjuk ajar kalian tanpa henti. Bumi Sabah hari ini adalah bumi yang dihuni oleh ramai golongan humanitarian.

“INDAHNYA KEBERSAMAAN”

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*