MENGISI PERABOT RUMAH ABANG ASRI ; PENGISIAN DARI HATI YANG PENUH KASIH SAYANG

25 Jun-Changgai Pasir putih,Alhamdulillah Hari ini beberapa orang sukarelawan sempat pergi membeli barang perabot rumah dan menghantar ke rumah Abang asri.

Syukur kerana masih diberi peluang dan kesempatan dalam misi kemanusiaan ini. Dalam tinjauan hari ini kelihatan anak-anak abang asri sedang asyik bermain,ketibaan kami di sambut baik oleh keluarga abang asri. Kegembiraan mereka jelas terpancar ketika kami datang dengan lori membawa barang perabot. Ini kerana berkat hasil sumbangan anda semua.

Kepada sesiapa yang masih ingin membantu, peluang masih terbuka luas. Kini tinggal deposit meter elektrik dan motor air sahaja lagi, projek rumah abang asri kini hampir siap sepenuhnya.

Kami warga thirdforce ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang memberi peluang dan harapan kepada golongan fikir dan miskin ini.

Anggaplah dengan menginfak ini sebenar kita sedang membantu diri kita sendiri, Kerana hakikatnya semua amalan itu adalah saham di negeri akhirat. perhatikanlah wajah-wajah gembira anak-anak yang dulunya tidur di bangsal buruk tanpa dinding, mandi di air parit kotor, tanpa elektrik di rumah dan hidup serba dhaif.

Kalian semua keluarga besar thirdforce telah mengembalikan nilai kemanusiaan untuk keluarga ini.

Bersama abangraja kita sebarkan gelombang ini sejauh mungkin. Semoga kita dapat berjiran di syurga Allah nanti.

#jomjadiorangbaikbaik
#rajashamri2022
#malaysiabaru
#sayangimalaysiaku

Perkongsian dari
Mohd Iskandar
sukarelawan Thirdforce

Related Post

Leave us a reply

*

*