UPDATE BANTUAN MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG KUKUSAN

TAWAU – 26 JUN 2018 | Alhamdulillah masih ada masa terluang yang diberikan oleh Allah untuk team sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah bagi menyantuni mangsa kebakaran Kampung Kukusan.

Hari ini sempat menghantar bekalan pampers, kuih muih dan pisang goreng panas untuk santapan minum petang mangsa kebakaran di dewan pusat transit sementara. Alhamdulillah khemah dan tilam untuk mangsa telah pihak berwajib sediakan.

Jom warga Tawau dan daerah berhampiran untuk sama-sama kita turun membantu bagi mengurangkan beban saudara-saudara kita yang terkena musibah ini. Bukan jumlahnya yang ingin dilihat tapi rasa KEPEDULIAN itu yang jauh lebih penting. Mudah untuk membantu mereka kerana dewan tempat penginapan sementara ini bersebelahan dengan jalan utama.

Boleh sediakan mereka sarapan, makan tengahari dan malam. Kita pakat ramai-ramai mengikut kemampuan masing-masing pasti para mangsa akan terbela. Mungkin yang belum buat open house bole berbuat demikian niat sedekah kepada mangsa kebakaran ini. Tiada manusia yang rugi atau jatuh miskin dengan bersedekah. In sya Allah esok jika ada kelapangan team sukarelawan akan ke sana lagi membantu yang termampu.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*