MISI BANTUAN KEBAKARAN BERSAMA PENASIHAT PERKALAS@TF SABAH YM DR RAJA SHAMRI BIN RAJA HUSIN (FOUNDER THE 3rd FORCE)

TAWAU – 29 JUN 2018 | Jarak ribuan kilometer bukan penghalang jika hati telah terikat dengan sumpah setia bersama menyebarkan gelombang “Jom jadi orang baik-baik” di seluruh ceruk bumi Malaysia termasuk bumi Sabah.

Alasan inilah yang menjadikan seorang insan berkaki satu (OKU) sanggup menempuh perjalanan dari Kelantan ke Tawau demi melihat sendiri penderitaan saudara-saudaranya yang ditimpah musibah kebakaran. Perjalanan yang pasti meletihkan dan kos perjalanan yang tinggi tidak dihiraukan yang penting hajat dihati untuk bersua dan berbagi rezeki.

Alangkah indahnya jika setiap daerah atau ceruk negeri ini ada orang baik-baik. Ada guru-guru yang baik, ada anggota polis yang baik, abang tentera yang jadi orang baik-baik, ada petugas APM dan JKM yang baik-baik, ada wakil rakyat yang sentiasa berusaha jadi orang baik-baik. Pasti negeri ini lebih harmoni dan berkebajikan. Bencana sebesar apapun dapat dihadapi dengan tenang dan penyebaran bantuan kepada golongan memerlukan sentiasa terjaga dan berterusan.

Terima kasih kepada Abang Raja Shamri yang sanggup bersusah payah menziarahi kami di sini dan sudi bersama membela mangsa kebakaran di Tawau. Setinggi penghargaan juga kami ucapkan kepada pihak pengurusan parlimen P191 Kalabakan yang begitu komited membantu mangsa kebakaran.

Ucapan penghargaan ini juga kami ucapkan kepada saudara Amir Anuar Wartawan Utusan Borneo yang sudi meluangkan masa untuk membuat liputan aktiviti pada malam ini. Semoga sentiasa terus menjadi sebahagian keluarga besar jom jadi orang baik-baik di bumi Sabah.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*