Bantuan Bencana, Musibah Dinding Dapur Runtuh Akibat Angin Kencang dan Hujan Lebat

Pagi ini sukarelawan The Thirdforce Perak menziarahi Opah Azizah bt Kadir (67 tahun) di Batu 15, Lekir yang dilanda musibah sebahagian dinding dapur beliau yang roboh ketika angin kencang dan hujan lebat pada 23 Jun 2018. Dalam kejadian yang tidak di duga itu. Mujur, tiada kecederaan dialami oleh ahli keluarga opah pada hari kejadian. Namun, sebahagian bumbung dan dinding dapur dan tandas rosak teruk dan perlu diperbaiki segera agar rumah tidak dimasuki air sekiranya hujan lebat melanda.

Opah yang ada masalah untuk berjalan terpaksa tidur di bahagian dapur supaya lebih senang untuk dia bergerak ke bilik air pada waktu malam. Katil opah ini adalah DIY diperbuat dari bahan-bahan seperti bata, kayu mop dan barang buangan. Kelambu pun dah rosak. Buat masa ini , bahagian dinding dapur yang roboh dan mereka terpaksa menggunakan kain-kain yang tidak dipakai digantung dijadikan langsir untuk melindung dari angin pada waktu malam.

Sebagai makluman, hanya Opah Azizah dan anak perempuannya yang tinggal di kediaman ini. Beliau mengajar jiran-jiran yang terdiri dari warga emas,kaum wanita dewasa dan kanak- kanak untuk mengaji Quran. Anak perempuan tidak bekerja kerana, beliau menjaga ibunya.

Opah ini mengalami masalah dengan lutut kerana pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya beberapa tahun lalu dan kesan kecederaan yang telah dialami memberi kesan kepada pergerakan beliau tambahan pula dengan usia Opah Azizah sudah mencapai umur 67 tahun.

Selain masalah lutut Opah Azizah juga mengalami masalah dengan penglihatan akibat cataract tetapi baru-baru ini beliau telah menjalani pembedahan di Hospital Seri Manjung. Mereka terpaksa berjimat-cermat dan adakalanya opah dan anaknya terpaksa mengikat perut untuk membiayai pembedahan dan kos untuk mendapatkan kanta mata sebelah kanan dan kiri.

Anak-anak Opah Azizah yang lain sudah berumahtangga dan mereka juga merupakan golongan berpendaparan rendah.

Kami dimaklum yang mereka mendapat peruntukkan RM5000 untuk membaiki dapur dan tandas yang rosak.

Semasa lawatan tadi sudah ada pekerja di sana untuk membina balik dinding dapur tetapi sukarelawan kami dapati yang tiang-tiang dan papan yang sedia ada telah dimakan oleh anai-anai. Sepatutnya diganti dengan yang baru.Pihak yang berkenaan bukan sahaja sepatutnya membina dinding dapur dan bilik air yang roboh tetapi bumbung dan tiang yang telah reput dimakan anai-anai sewajarnya digantikan dengan yang baru. Kalau tidak, dinding tersebut akan mengalami nasib yang sama seperti yang lama. Mungkin boleh bertahan hanya untuk sementara sahaja kemungkinan akan kembali runtuh.

Sukarelawan TF telah minta jasa baik pekerja untuk menghubungi pihak yang berkenaan dan kami dimaklumkan yang seorang wakil akan ke sana untuk menilai semula kerosakan.

Selain daripada itu, kami juga dapati keluarga ini tidak memohon bantuan dari Baitulmal atau JKM. Pihak kami akan download borang permohonan untuk mereka.

Selain itu beberapa peralatan lain di rumah
Opah Azizah dan anak perempuannya juga telah rosak. Sudah beberapa lama pintu bahagian hadapan mereka telah rosak dan dalam keadaan tidak berkunci. Mereka hanya menggunakan barang- barang berat untuk menghadang pintu seperti tong cat supaya dapat ditutup.

Kami juga mendapati mereka memasak dengan menggunakan periuk biasa untuk memasak nasi . Dapur gas yang digunakan juga dalam keadaan yang buruk. Perkakas dan barang dalam dapur sudah lama dan rosak. Mereka juga tidak mempunyai Peti Sejuk untuk menyimpan ikan dan sayur.

Justeru, bagi membantu keluarga ini, sumbangan wang tunai dan makanan telah disampaikan oleh sukarelawan TF Perak.

Kami akan berusaha untuk mendapatkan sumbangan barang keperluan yang lain untuk mereka.

Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan beban yang dihadapi oleh Opah Azizah dan anaknya.

Jom Jadi Orang Baik-baik.

Together we are stronger.

Dilapor oleh:
Miss Cheah Li Na
Pn Rosni bt Ismail
The Third Force Perak
30 Jun 2018

Related Post

Leave us a reply

*

*