SEBUAH MESIN MIXTURE UNTUK SAHAM AKHIRAT BERPANJANGAN

Mesin Bancuh Simen ni abangraja belikan hasil sumbangan kalian semua sikit sorang secara istiqamah 3 tahun lepas … banyak dah rumah asnaf yang kita bina dengan jasa mesin ni.

Tahun lepas ada pondok pengajian agama terbakar.. habis satu blok bangunan habis dijilat api. Pihak Pengajian Pondok melalui Ustaz Shah telah mohon untuk pinjam mesin ini untuk bina semula penempatan pelajar. Sebuah bangunan baru terbina menempatkan ratusan pelajar-pelajar pondok akhirnya siap dibina dan mesin ini juga adalah sebahagian dari usaha pembinaan tersebut.

Hari ini Ust Shah setelah satu tahun lebih ustaz memulangkan kembali mesin ini dalam keadaan seperti baru dibeli. Begitulah hebatnya apabila iman dan taqwa penuh didada. Dipulangkan barang yang dipinjam dalam keadaan yg sangat elok. Kami sukarelawan terkejut melihat keadaan mesin yg seperti baru … seperti pada awal kami serahkan mesin ini kepada pihak pondok dulu.

Bertuahnya penyumbang kerana pahala terus mengalir sampai bila-bila atas sumbangan jariah mesin ini … ini yang kita panggil “saham akhirat”.

Terima kasih juga kepada ust Shah kerana membaikpulih sehingga kelihatan seperti baru kembali.

Inshallah, akan datang, banyak lagi rumah yang akan dibina dengan mesin ini. Berkreatiflah dalam menyumbang dan membantu. Disana peluang saham akhirat untuk kita semua.. jom kita rebut peluang akhirat masing-masing.

#jomjadiorangbaikbaik

Ali
TF Pasir Puteh
017-242 8767

Related Post

Leave us a reply

*

*