[SEBARAN AM] LAWATAN SUSULAN KES 4 YATIM PIATU DI KAMPUNG GONG DATUK ; ADA SYURGA MENANTI UNTUK KITA

3 Julai 2018 | Gaal- minggu lepas kita telah hadir ke rumah seorang kakak, Siti Nadirah Binti Abdul Rafi, 20 tahun yang bekerja kedai makan bergaji RM20 sehari untuk menyara 3 orang adik-adiknya setelah kematian kedua ibubapanya. Keperitan hidup mengajar Kakak yg penyayang ini untuk berkorban masa depannya utk sambung belajar demi adik-adik.

Bekerja sebagai pembantu kedai makan itu juga pendapatannya tak menentu. Jika tak sihat tak dapat pergi kerja maka tak adalah pendapatan untuk mereka adik-beradik.

Semasa kunjungan pertama ke rumah buruk yg lantai gelegar papan hampir runtuh sana sini itu kita dapati mereka mempunyai beberapa masalah yang perlu kita semua sama sama bantu secepat mungkin. Rumah yang sangat uzur tanpa bilik yang sempurna, bilik air yg terletak diluar rumah serta sangat tak sempurna itu sangat mengancam keselamatan Kakak ini seorang perempuan yg tak berdaya serta adik-adiknya.

Demi keselamatan, maruah dan akidah anak-anak yatim ini kita rasakan antara bantuan yang boleh kita sama-sama gerakkan untuk mereka adalah untuk bantu masalah seperti berikut:-

1. Ketiadaan bilik mandi dan tandas yang selesa dan selamat.

2. Keadaan dapur yang uzur dan lantai dapur dan keseluruhan rumah yang reput.

3. Hanya mempunyai satu bilik tidur sahaja.

4. Dua orang adiknya berusaha 14 dan 16 tahun berhenti sekolah atas faktor kemiskinan.

Hari ini sekali lagi sukarelawan Thirdforce hadir bagi menguruskan perkara yang sepatutnya. Kunjungan hari ini bagi merangka dan merancang bantuan yg holistik untuk perkara- perkara yang telah kami nyatakan di atas.

Untuk memastikan kedua dua adiknya yang tidak sekolah mendapat pendidikan abangraja mencadangkan agar kita uruskan proses pemindahan adik Rozaidi, 16 tahun dan Faizal 14 tahun dari sekolah pondok ke sekolah menengah kebangsaan ataupun ke kolej vokasional jika ada yg sudi menerima.

Abangraja dan Pelajar Praktikal dari UKM bidang kerja sosial sedang usahakan untuk mengambil surat pertukaran daripada pusat jagaannya di sekolah pondok itu ke sekolah harian biasa dalam masa terdekat. Kena pergi PPD pulak lerpas ni …

Selebihnya, kita rasa kita semua sama sama bantu untuk baik pulih tandas dan bilik mandi yang lebih selesa serta bina sebuah pondok yang lebih selesa demi keselamatan mereka. Sekarang ini tandas dan bilik mandi berada diluar rumah dan hanya berlindung dengan Zink sahaja(boleh rujuk pada gambar).

Disebabkan rumah yang mereka duduki sekarang ini hanya mempunyai satu bilik tidur sahaja, kita merasakan adalah tidak sesuai bagi perempuan dan lelaki yang makin membesar.

Seeloknya jika kita sama sama bantu menyediakan satu bilik lagi adalah lebih baik dan itulah yg Islam ajarkan.

Insya Allah …

Itupun jika ada orang ramai yang sanggup membantu keluarga ini …

Jommlaaa bersama abangraja dan kami semua kita pakat-pakat bantu. Sikit sorang pun takpe yang penting kita buat dengan ikhlas dan istiqamah.

Abangraja dengan ini melancarkan secara rasmi projek bantuan anak yatim piatu 4 beradik : RUMAH SYURGA KAKAK NADIRAH

Jika ada yang mahu sama sama membeli saham akhirat, boleh PM ke inbok Page ini nanti kita bagi detail bagaimana boleh sama-sama bantu. Kita tak boleh PM kalian sebab ini facebook page memang tak boleh PM orang … kalian kena mesej dulu ke inbox nanti kami reply.

Kalau bukan kita siapa lagi? Jomm jadi orang baik baik.

Laporan oleh Faizal dan Ramadan
Sukarelawan Thirdforce.
017-3872232 (Whatsapp saja)

SEBARKAN SEJAUH MUNGKIN MESEJ KEMANUSIAAN INI.

Kes diseliakan oleh:-
Mohd Faizal
Ramadan
Penghulu Hisham
Pak Imam Ya

#jomjadiorangbaikbaik
#thirdforce
#rajashamri
#rajashamri2022

Related Post

Leave us a reply

*

*