BANTUAN KILAT UNTUK SI KELUARGA PECARI REZEKI DI TONG SAMPAH : WARGANEGARA ADA IC YANG TERPINGGIR

TAWAU – 4 JULAI 2018 | Hasil maklumat yang diperolehi team sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah telah bergerak menjejaki keluarga fakif miskin ini. Mereka ada 4 keluarga yang tinggal di 4 pondok berasingan dan jaraknya berdekatan.

Mereka ini meneruskan hidup dengan mengupulkan sisa-sisa buangan di tong sampah seperti tin kosong, kertas, botol plastik , besi buruk dan kotak buangan yang dikupulkan dan menjualnya kepada syarikat kitar semula. Sedih melihat kehidupan mereka tinggal di pondok buruk seperti ini. Masih menggunakan kayu api untuk memasak makanan.

Kesemua mereka merupakan warganegara Malaysia yang mempunyai dokumen lengkap. Mereka tidak meminta-minta tetapi tetap tabah berusaha walaupun terpaksa mengais-ngais bahan buangan di tong sampah. Alhamdulillah malam tadi team sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah telah berkongsi rezeki (barangan dapur) kepada 4 keluarga fakir miskin tersebut.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*