PROGRAM DAPUR SYURGA
(MENYANTUNI HOMELESS DAN FAKIR MISKIN)

TAWAU_14 JULAI 2018 | Malam ini hujan turun dengan lebatnya bersama angin kencang. Namun keadaan ini bukan penghalang untuk sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah meneruskan misi menyantuni saudara-saudara gelandangan@homeless.

Sungguh kasihan melihat nasib homeless di saat sebilangan besar manusia tidur di atas tilam yang empuk masih ramai di luar sana tidur di kaki lima atau menumpang tidur di masjid kerana tidak mempunyai rumah. Ramai juga dalam kalangan homeless ini tidur dalam kelaparan.

Kita bukan penyelesai masalah untuk permasalahan manusia maklum itu semua kerja Allah. Tetapi itu bukan alasan untuk kita berpeluk tubuh melihat bangsa kita, saudara seagama kita atau saudara sesama manusia hidup merempat di jalanan atau kaki lima. Bukankah Islam itu bersaudara ???. Bagaimana mungkin kita boleh menjadi saudara seIslam yang baik jika membiarkan saudara-saudara homeless kita melarat.

Jom bersama kita berusaha jadi orang baik-baik dengan mengurangkan kontrovesi, mengelakkan provokasi, mengelakkan salah menyalahkan kita lebihkan perkara-perkara positif dalam kehidupan seharian.

Sampai bila kita sering mencari salah si fulan ?
Islam itu indah bukan hanya pada pemakaian dan tutur kata. Jauh dari itu Islam itu agama rahmat untuk semua “KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”. Kita perbaiki mulut kita, ajari jari jemari kita di handphone elak menaip perkara menimbulkan perpecahan, kita saling menghormati. Perkara paling penting Islam itu akhlak terpuji yang mengedepankan unsur toleransi dan saling tegur menegur.

Islam itu juga adalah ucapan baik yang diterjemahkan melalui perbuatan seharian yang berhubung kait dengan manusia dan tingkat terginggi kita buat semua itu kerana Tuhan yang Esa.

In sya Allah program seterusnya untuk saudara-saudara homeless kita ini ialah menyantuni mereka dengan kit kebersihan diri.
Semoga dengan sedikit rasa peduli yang kita usahakan ini, Allah buka pintu hati kita untuk sentiasa membuat hati kita memikirkan kesejahteraan ummat.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*