UPDATE BAIK PULIH RUMAH SYURGA KAKAK

17 Julai 2018 | Gaal. Alhamdulillah, hari ini masih diberi kesempatan untuk melihat kemajuan baik pulih rumah syurga kakak. Sepanjang 2 hari ini, tukang rumah dan pekerjanya begitu tekun untuk menyiapkan bahagian dapur rumah nadira.

Image may contain: plant and outdoor

proses terkini baik pulih rumah anak yatim di Gaal, Pasir Puteh

Tukang rumah yang membaiki rumah didiami anak yatim ini mempunyai banyak pengalaman dalam membina rumah. Tukang rumah yang mesra dipanggil pok adik ini berusia 56 tahun dan dikenali sekitar kampung gaal ini bila melibatkan baik pulih rumah atau pembinaan rumah.

Pendapatan sebagai tukang rumah inilah yang membantu pok adik dalam menyara keluarga. Walaupun usia semakin meningkat, pok adik masih mampu mencurahkan keringat dalam menjalankan amanah untuk menyiapkan setiap rumah yang telah diamanahkan kepadanya.

Kita doakan pok adik dan pekerjanya sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan mampu untuk menyiapkan rumah syurga kakak dalam memastikan nadira dan adik-adiknya mendiami sebuah rumah yang selamat dan selesa. Insyallah, semua ini akan menjadi saham akhirat kepda pok adik dan pekerjanya.

Kes diselia oleh
Faizal
Ramadan
Penghulu Hisyam

#jomjadiorangbaikbaik
#thirdforce
#rajashamri
#rajashamri2022
#rumahsyurgakakak

Related Post

Leave us a reply

*

*