PROGRAM RAK SYURGA

SANDAKAN_ 247JULAI 2018 | Berlokasi di surau Hospital Duchess Of Kent, Rak Syurga ini telah diletakkan. Tujuan utama Rak Syurga ini diperkenalkan ialah untuk membantu para pesakit dan keluarga pesakit yang memerlukan.

Kita sedia maklum bukan semua pesakit dan keluarga mereka berkemampuan. Ada ramai dalam kalangan mereka hidup dalam kekurangan yang terpaksa bermalam di hospital kerana tak mampu menginap di hotel atau tinggal jauh dari hospital dan tak mampu berulang alik dan memilih hospital untuk tidur.

Atas kesedaran ini kami di PERKALAS @The 3rd Force Sabah telah melancarkan program Rak Syurga 8 bulan yang lalu. Kelmarin team sukarelawan kami telah mengisi ulang rak syurga ini hasil sumbangan masyarakat. Antara barangan yang telah di masukkan dalam rak syurga ialah :
1) Barangan Keperluan mandi
2) Susu bayi
3) Biskut
4) Mee segera
5) Minuman 3 in 1
6) Gelas plastik
7) Pampers
8)Mineral water
9) Selipar
10) Minyak angin

Kesemua keperluan barangan keperluan di atas sangat membantu mereka yang memerlukan. Apa yang kami harapkan ialah kesedaran masyarakat untuk bersama menjayakan program yang kami laksanakan. Doakan agar beberapa hospital dan masjid di daerah lain membenarkan pihak PERKALAS@The 3rd Force Sabah secara bertulis untuk meletakkan Rak Syurga bagi membantu para pesakit dan keluarga mereka yang kurang berkemampuan.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow fb page pengasas gerakan kemanusiaan thirdforce saudara Raja Shamri di :-

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*