UPDATE RUMAH SYURGA KAKAK ANAK YATIM 4 BERADIK.

1 Ogos 2018 – Gaal | Update terkini baik pulih rumah anak yatim 4 beradik. Sukarelawan membuat lawatan ke rumah mereka untuk melihat kemajuan baik pulih. Tukang rumah telah pun siap memasang kayu alang untuk bahagian atap dan kini menunggu untuk pemasangan zink.

Insyaallah, siap sahaja pemasangan zink nanti, tukang rumah akan memulakan kerja-kerja plaster dinding dapur dan tandas. Beberapa bahagian dinding ruang tamu yang dalam keadaan reput pula masih lagi memerlukan baik pulih. Kepada mereka yang ingin membantu bolehlah PM abangraja di page ini. Kita sama-sama membantu untuk mencari saham akhirat.

Pagi ini juga sukarelawan Thirdforce membawa dua orang anak yatim ini iaitu Zaidi dan Faizal ke Yayasan Islam Kelantan( YIK) untuk menguruskan pertukaran sekolah mereka. Alhamdulillah YIK memberi kerjasama yang baik. Insya Allah esok kita akan ke PPD dan sekolah untuk mendaftar mereka. Tadi kita dah pergi,kerana dokumen tidak lengkap kami terpaksa balik dan menyediakan dokumen selengkapnya dan menyerahkan kepada pihak PPD esok.

Kedua-dua anak yatim ini belum ada baju sekolah untuk memulakan sekolah pada hari ahad ini insya Allah. Mereka telah lama tidak sekolah jadi kelengkapan sekolah tidak ada.. ada tak yang nak bantu anak yatim ini untuk beli baju sekolah ya? Kalua ada Boleh PM ke inbox ok.. kita sama-sama bantu. semoga saham akhirat yang kita sama-sama usahakan ini akan dapat membantu kita diakhirat kelak.. amin3.

Jom jadi orang baik baik.

Kes diselia oleh
Faizal
Ramadan
Penghulu Hisyam
Pak Imam Ya

#jomjadiorangbaikbaik
#thirdforce
#rajashamri
#rajashamri2022
#rumahsyurgakakak

Related Post

Leave us a reply

*

*