UPDATE BANTUAN UNTUK MANGSA KEBAKARAN KAMPUNG AIR

SEMPORNA_ 1 Ogos 2018 | Hari ini sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah berusaha mengurangkan beban para mangsa kebakaran Kg Air yang berjumlah lebih 1000 mangsa iaitu 207 rumah hangus dijilat api dengan berkongsi sedikit rezeki samada daripada para sukarelawan dan daripada keluarga besar kami dari seluruh Malaysia.

Antara barangan yang dikongsikan pada hari ini ialah 100 baldi, 100 gayung, 300 biji sabun mandi, 200 berus gigi, 100 ubat gigi, 100 botol syampu, pek 3 in 1, roti, air mineral, pakaian, dapur gas khas untuk sukarelawan kami yang terlibat dalam kebakaran ini. Jumlah ini sangat kecil jika dibandingkan dengan kehilangan harta benda para mangsa. Namun ini yang termampu kami kongsikan semoga sedikit sebanyak membantu.

Terima kasih kepada seluruh team sukarelawan kami dari HQ(Tawau) dan sukarelawan kami di Semporna. Setinggi ucapan terima kasih ini juga kami ucapkan kepada saudara Mukmin Nantang dan team kerana bersama bertungkus lumus membantu menyiapkan pek bantuan.

Tidak lupa juga kami rakamkan penghargaan kepada pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan daripada pihak RELA kerana membantu melancarkan agihan bantuan kepada para mangsa kebakaran.

Jom ramai-ramai kita turun membantu saudara-saudara kita yang terkena musibah di Kg Air. Sedih melihat keadaan mereka yang berhimpit-himpit tidur di dewan. Ini waktunya kita tunjukkan kebersamaan kita dalam membina Sabah Baru, minda baru, perilaku yang baru yang lebih positif. Ilmu jika hanya diusrahkan tanpa amal dilapangan secara konsisten pasti akan banyak kerugian pada bangsa. Diskusi yang berlarut-larut tanpa kau tunjukkan kepada rakyat akan sedikit solusi juga pasti suatu pembohongan dan pembaziran masa.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*