UPDATE BAIK PULIH RUMAH SYURGA KAKAK

5 Ogos 2018 – Gaal | Syukur Alhamdulillah, baik pulih rumah anak yatim 4 beradik hampir siap sebagaimana proses baik pulih yang direncanakan untuk bahagian dapur, bilik air dan tandas. Lawatan ke rumah mereka mendapati zink dapur dan bilik air telah pun siap dipasang. Tukang rumah kini dalam proses menyiapkan plaster dinding dan perlantaian.

Insyallah, satu lagi bahagian yang masih menunggu adalah tambahan bilik untuk rumah anak yatim 4 beradik ini. Mungkin selepas sahaja bahagian dapur dan bilik air itu siap, tukang rumah akan dapat fokus untuk menyiapkan tambahan bilik tidur.

Untuk terus bersama-sama membantu dan membeli saham akhirat masing-masing dalam program bantuan rumah anak-anak yatim 4 beradik ini bolehlah PM / mesej ke inbox facebook page ini atau whatsapp abangraja 017-387 2232

Kes diselia oleh

Faizal
Ramadan
Penghulu Hisyam
Pak Imam Ya

#jomjadiorangbaikbaik
#thirdforce
#rajashamri
#rajashamri2022
#rumahsyurgakakak

Related Post

Leave us a reply

*

*