2 ORANG ADIK NADIRA DAFTAR SEKOLAH : PENANTIAN BERAKHIR

6 Ogos 2018 – Gaal | Setelah beberapa hari menguruskan pertukaran persekolahan, Alhamdulillah 2 anak yatim ini akhirnya dapat bersekolah di sekolah yg dihajati iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal berdekatan dengan rumah mereka.

Sukarelawan thirdforce ingin merakamkan terima kasih kepada Cikgu Anuar, pegawai PPD Pasir Puteh dan Cikgu Tuan Silmi Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Gaal dan juga agensi lain seperti Yayasan Islam Kelantan (YIK) serta Sekolah Menengah Agama Nurul Fallah yang membantu memudahkan urusan persekolahan 2 anak yatim ini yg terbengkalai sekian lama.

Semalam juga kita telah bantu kakak Nadira dan adik-adiknya dalam persiapan mencari pakaian dan kasut sekolah. Keterujaan dapat dilihat diraut wajah mereka sewaktu memilih pakaian sekolah. Namun hati kami sebak melihat mereka berkira kira dalam membeli keperluan sekolah dengan duit bantuan jkm yg ada dlm simpanan mereka.

Hari ini, 2 anak yatim ini telah mula melaporkan diri untuk persekolahan dan bertemu dengan Cikgu Tuan Silmi yang menerangkan peraturan dan keperluan persekolahan. Rozaidi, 16 tahun dan Faizal, 14 tahun dilihat begitu bersemangat dan teruja untuk memulakan persekolahan. Semoga Allah lindungi anak-anak ini dari pengaruh rakan sebaya yg tak sihat dan dampingi mereka dgn irang baik-baik.

Insyaallah, thirdforce yakin 2 anak yatim ini akan dapat mengecapi kejayaan dalam pendidikan. Abangraja sentiasa tekankan betapa hanya dengan pendidikan sahaja nasib boleh diubah. Kita doakan adik-adik ini berjaya untuk mengapai impian menjadi anak bangsa yang berpendidikan dan berjaya.

Kita masih lagi dlm proses membina bilik air dan membaik pulih rumah pusaka anak-anak yatim piatu ini yang hampir roboh serta pelbagai bantuan menyeluruh untuk mereka. Kepada yg sudi membantu terima kasih sangat. Kepada yg ingin turut serta membeli saham akhirat masing2 bolehlah mesej ke inbox facebook ini atau whatsapp abangraja 017-387 2232.

Kes diselia oleh

Faizal
Ramadan
Penghulu Hisyam
Pak Imam Ya

#jomjadiorangbaikbaik
#thirdforce
#rajashamri
#rajashamri2022
#rumahsyurgakakak

Related Post

Leave us a reply

*

*